Followers

Booking Form

Name:
Email Address:
Contact No:
Date Check in
Date Check Out
How many members

This contact form was created by Freedback.

Saturday 20 November 2010

Salam buat semua pengunjung....

Cuti sekolah tiba lagi....kenduri-kendara di sana sini... anda memerlukan rumah untuk disewa...sila hubungi kami sekarang. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.

Tuesday 26 October 2010

Makan-makan

Antara tempat makan yang menarik yang terdapat di sekitar homestay ini ialah :-






Puncak Mutiara Restaurant/Cafe yang terletak lebih kurang 8km dari Ar-Rizqin Homestay menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berasaskan daging kambing, rusa, burung unta/
arnab/ayam kampung /ayam piru dll dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut sila layari :- http://www.puncakmutiara.com/



Selain daripada itu boleh juga mencuba Mee Udang di Restaurant Aur Gading, Sungai Dua. Terdapat pelbagai pilihan udang dari yang sekecik2 hingga yg sebesar2nya (udang galah). Jaraknya dari homestay adalah dalam 8km sahaja.



Selain daripada itu jika anda ingin mencuba mee udang anda juga boleh ke Restaurant Aziz Mee Pak Ngah Sg. Dua. Resepi warisan sebenar. Harga yang berpatutan. Cuma 10km dari homestay.



Sungai Dua Char Koay Teow yang terletak di susur keluar Sungai Dua ini memang terkenal dengan Char KoaY Teow dan telur dibasuhnya. Rasanya memang ori dan sedappppp... Harganya pun berpatutan. Jarak dari homestay dalam lebih kurang 10km. Di buka dari pukul 5.30ptg hingga ke awal pagi.
















Thursday 21 October 2010

Rumah tambahan

Salam buat semua pengunjung,

Ar-Rizqin Homestay menyediakan 2 buah rumah tambahan untuk pengunjung yang memerlukan rumah untuk kumpulan yang besar semasa menghadiri kenduri dan sebagainya.

Sebuah rumah hanya selang 4 buah rumah sahaja (di lorong yang sama) dan sebuah lagi dalam jarak 2km.

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Wednesday 1 September 2010


Salam buat semua pengunjung,
Hari ini dah masuk 22 Ramadhan 1431H. Kita sudah berada di akhir Ramadhan. Marilah kita sama2 mencari Lailatul Qadar. Perbanyakkan lah amalan kita. Semoga kita berpeluang menemuinya kerana tidak pasti lagi samaada kita akan berjumpa Ramadhan yang akan datang.
Salam Ramadhan dari Ar-Rizqin Homestay
Salam buat semua pengunjung,

Ar-Rizqin Homestay juga boleh menyediakan 2 buah homestay tambahan sekiranya anda memerlukan.

***Sebuah homestay adalah hanya selang 3 buah rumah sahaja dan sebuah lagi dalam jarak lebih kurang 3km. Harga untuk dua buah rumah ini adalah rm200 (aircond) dan masih boleh dirundingkan.

Kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan tempahan awal amat di hargai.

Thursday 26 August 2010

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan dan semua pelawat. Ramadhan datang lagi. Sedar tak sedar masa semakin pantas berlalu dan kita sudah di pertengahan ramadhan. Kami dari Ar-Rizqin Homestay ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, penghuni serta pelawat. Semoga amalan kita di terima oleh Nya. Amin..

Monday 12 July 2010

Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara

Akhir2 ini ramai yang call for booking utk USM convocation. Ingin di maklum kan bahawa Tasek Gelugor terletak di daerah Seberang Perai Utara manakala USM pula di Gelugor (island). Jarak dari homestay ke USM adalah lebih kurang 30 -45minit driving.

Wednesday 16 June 2010