Followers

Booking Form

Name:
Email Address:
Contact No:
Date Check in
Date Check Out
How many members

This contact form was created by Freedback.

Wednesday 5 September 2012

Salam buat semua pengunjung. Hampir setahun juga ARH tiada sebarang update. Bukan tiada cerita tetapi ARH kna hack. Namun begitu Alhamdulillah. Syukur rezeki masih datang mencurah2. Insyaallah, ARH akan mengupdate kembali apa  yg telah tertinggal.

Tuesday 15 November 2011

Salam buat semua pengunjung,

Dah lama tidak menulis apa2 entry. Sibuk sikit kebelakangan ini kerana rumah tuan rumah dalam proses major renovation. Jadinya menumpang sekejapla kami di homestay ni (dari 4 Oct sehingga 4 Nov).Ahirnya siapla juga sehari sebelum raya. Namun sampai ke hari ni belum habis kemas lagi. Banyak yg dok dlm kotak lagi. Biar la. Buat pelan2.

Hari ni kami berbesar hati menyambut kedatangan Pn Seri sekeluarga dari Bukit Beruntung untuk pendaftaran anaknya di UiTM Ptg Pauh. Walaupun tersesat2 pada mulanya kerana lupa bwk map tapi sampai gak akhirnya. Alhamdulillah.

Thursday 29 September 2011

Salam...

Last minit buat preparation untuk menyambut kedatangan En. Izwal Anuar dan rakan2 dari Lembaga Koko Negara (Teluk intan) yang baru menempah semalam.. Harap semuanya ok la ya. Jangka sampai dalam 6ptg so xdak la nak kalut sangat.

Sedar x sedar kita berada di hujung bulan September. Lagi 3 bulan kita akan memasuki tahun baru..Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah berikan kepada kami semua di tahun ini. Dan terima kasih juga buat semua pengunjung ARH yang telah sudi bertandang ke homestay kami yang x seberapa ini. Bagi yang telah meninggalkan komen atau cadangan di Log book kami, kami sedaya upaya akan cuba untuk memperbaikinya.

Salam 1 Zulkaedah 1432H.

Tuesday 13 September 2011

Salam buat semua pengunjung,

Agak lama ARH sepi tanpa apa2 entry. Terima kasih buat Pn. Seri kerana sabar menunggu e-mail map dari saya kerana internet amat slow kebelakangan ni.

Untuk informasi semua pengunjung, sekali lagi ingin saya maklumkan " Ar-Rizqin Homestay" berada di Seberang Perai Utara dan bukannya berhampiran USM. Kebelakangan ini ramai yang bertanya. Ini kerana keliru dengan lokasi Tasek Gelugor dan Gelugor. Jaraknya tidaklah jauh cuma bagi yang tidak biasa, di nasihatkan carilah homestay di bahagian Bayan Baru.

Monday 16 May 2011

Facebook

Salam buat semua.

Apa2 pertanyaan lanjut mengenai homestay boleh juga di buat di laman Facebook kami... Kami akan cuba balas secepat mungkin.

Terima Kasih.

Saturday 14 May 2011

Salam dan Selamat Pagi buat semua...

Alhamdulillah..akhirnya blog kembali ok pagi ini..Jadi dapat la tuan rumah meng'update'kan booking list. Minta maaf kepada En. Wan Abdullah dari Kelantan dan Pn. Laila dari KL. Mesti risaukan bila tengok blog ni x di update. Semalam Blogger ada sedikit teknikal problem..

Buat Puan Fazilah dari JPNS...hmmm saya xdapat lagi la nk cari sebuah lagi rumah utk puan ni...macamana ya? Semua pun fully booked utk date 27-May till 30-May. Insya Allah saya akan cuba lagi pagi ni. semoga ada la rezeki utk Puan.

Selamat berhujung minggu...

Wednesday 11 May 2011

Musim Pendaftaran Pelajar Baru IPTA

Salam buat semua Pengunjung,


Musim pendaftaran pelajar baru sessi 2011 sudah bermula. Tahniah buat semua bakal pelajar IPTA semua. Kami di Ar-Rizqin Homestay berbesar hati untuk menerima kunjungan anda semua.


Namun begitu pihak kami berharap agar semua pengunjung yang ingin menempah , sila rujuk booking list dahulu dan sekiranya masih ada kekosongan, sila bank in deposit sebanyak RM50. Once dah bank in, immediately tlg sms nama dan date nk check in ya. Ini untuk mengelakkan kekeliruan pihak kami.


Lagi satu sekira ingin menempah, tuan rumah amat berharap agar membuat deposit secepat mungkin ya. Kesian tuan rumah...bila call tanya kata confirm, tapi deposit x bank in lagi..Bila ada yang bertanya susah tuan rumah nk jawab status..full ke kosong lagi..Minta tolong ya..